

|
Petua Untuk Suami dan Isteri
Petua Rumah Tangga Bahagia
2. Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga - merapatkan hubungan dan kemesraan. 3. Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya.
4. Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar
berbanding keluarga sendiri.
6. Suami isteri disarankan melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama,keluar
berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama. 8. Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan. 9. Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.
10. Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar
rumah. 12. Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.
13. Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan
pergaulan sesama ahli keluarga.
16. Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali
kenangan paling manis semasa bercinta dan berbulan madu.
18. Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumah
tangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi
nasihat. 20. Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka.
21. Suami isteri pelu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati
muda walaupun masing-masing sudah berusia.
Petua Menjaga Hati Isteri
1. Tunjukkan rasa sayang terhadap isteri samada melalui kata-kata mahupun perbuatan seperti pelukan. 2. Jauhilah daripada ucapan yang menyinggung perasaan isteri sekalipun dalam keadaan marah. 3. Apabila dalam keadaan marah yang amat sangat, berusahalah mengawal diri. Beristighfar dan berselawat serta berwuduk.Ingatlah semula segala kenangan manis dan memahami bahawa isteri memerlukan bimbingan suami dan memahami bahawa tiada orang yang tidak melakukan kesilapan. 4. Apabila timbul rasa bosan ataupun jemu terhadap isteri, cubalah ulangi kembali masa-masa manis ketika dulu atau ajaklah isteri keluar makan di tempat yang agak istimewa, ataupun melancong ke tempat-tempat yang indah. 5. Janganlah merendah-rendahkan isteri di depan orang lain. 6. Janganlah memuji wanita lain di depan mahupun belakang isteri. 7. Hargailah dan berilah pujian kepada pengorbanan isteri. 8. Bantulah isteri dalam kerja-kerja seperti memasak, mengemas dan sebagainya. 9. Cubalah fahami keadaan dan masalah isteri dengan mengambil berat perasaan dan kesihatan isteri terutamanya ketika haid dan mengandung. 10. Berilah bimbingan kepada isteri dalam melakukan sesuatu agar ia bertambah semangat dan bermotivasi. 11. Bantulah isteri dalam melakukan kebaikan dan ibadah. 12. Berdoalah agar hati dan perasaannya sentiasa patuh kepada Allah dan hormat pada suaminya.
Petua Mencurahkan Jalinan Kasih
1. Buktikan kasih sayang daripada suami - Hadiah dan penghargaan - Senyuman - Perbualan mesra - Gurauan - Khidmat dan bantuan dalam mengendalikan kerja-kerja rumah - Kerjasama mendidikan anak, menyelesaikan masalah dan hal-hal lain.
2. Isteri mengharapkan pimpinan agar selamat di dunia dan akhirat - Suami sebagai contoh bagi isteri - Suami memiliki ciri-ciri boleh dibanggakan isteri - Suami sebagai tempat bergantung - Sumber semangat dan kekuatan - Isteri mengharapkan kemaafan dari suami setiap masa.
3. Isteri mengharapkan doa yang berterusan daripada suami.
4. Sentuhan sayang - Peluklah isteri sekurang-kurangnya 7 kali sehari dan bukan tujuh hari sekali. - Dalam diri wanita 99 kawasan yang dapat memberi kepuasan kepada isteri apabila dirangsang suami.
5. Bisikkan ungkapan kasih sayang dari masa ke semasa. Pengesahan dari mulut suami ada kesan mendalam terhadap keyakinan isteri.
Petua Mengetahui Cinta Pasangan Hidup
Sekiranya isteri ataupun pasangan menunjukkan sikap-sikap seperti dibawah ini, ianya akan membuktikan bahawa cintanya terhadap pasangan sungguh mendalam :
1. Pasangan yang saling cinta mencintai, akan selalu memberikan pujian yang sesuai baik dalam bentuk kata-kata mahupun perbuatan.
2. Orang yang saling menyintai tidak akan berahsia antara satu sama lain Tetapi selalu membahagikan rasa suka dan duka untuk diselesaikan bersama.
3. Pasangan suami isteri yang sedang mencurahkan cinta dan kasih sayang, mereka selalu mengucapkan sesuatu tentang cinta, seperti "Sayang" atau "I Love You" ataupun memanggil sesamanya dengan nama kesayangan.
4. Seandainya isteri mencintai kita dengan sepenuh hatinya, biasanya perasaannya tetap dan stabil terhadap suaminya. Suami tidak akan menemui sikap isteri pada minggu ini atau bulan ini sangat menyintai sedangkan pada masa yang lain, atau dengan erti kata lain perasaannya berubah-ubah. Ia tidak menuntut sesuatu kepada suami contohnya dari segi gaya dan sebagainya.
5. Jika seseorang isteri betul-betul cinta terhadap suaminya, ia tidak akan melukai atau menyakiti hati suaminya. Ia juga tidak mengungkapkan kata-kata yang menyinggung perasaan suaminya seperti "Kamu tidak pandai mengurus badan" atau "Kamu terlalu gemuk atau kurus" serta ungkapan-ungkapan lain.
6. Pasangan yang bercinta iaitu suami dan isteri saling memberi perhatian khusus antara sesamanya. Mereka akan sentiasa meluangkan masa untuk duduk berbincang, bergurau senda serta selalu membuat sikap-sikap yang lucu yang akan menceriakan suasana rumahtangga yang dibina. Suami isteri selalu saling mendorong untuk menjaga badan dan kesihatan.
7. Suami isteri yang betul-betul saling mencintai akan menunjukkan cintanya dengan tingkahlaku yang lemah lembut setiap hari, membantu menyiapkan pekerjaan peribadi dan rumahtangga secara bersama.
8. Suami isteri akan berhubungan dan berbicara secara baik, dengan wajah yang berseri-seri dan sikap yang menyenangkan. Misalnya suami memeluk isteri sambil berjalan kaki ketika bersiar-siar kemudian pelukan itu disambut baik oleh isteri.
9. Seorang pencinta biasanya seorang pendengar yang baik. Dia tidak akan berbicara sebelum pasangannya habis berbicara. Dia tidak akan memotong setiap perbicaraan suaminya. Ia baru akan berbicara bila diminta untuk memberi cadangan.
10. Setiap keberhasilan dan kejayaan selalunya mereka kongsikan dan nikmati bersama. Misalnya diungkapkan dengan menepuk bahu isteri sambil memeluk dan menciumnya sebagai hadiah kejayaan.
11. Pasangan yang bercinta sedar perkara-perkara yang dapat merunsingkan perasaan pasangannya. Mereka mengerti perasaan masing-masing. Misalnya isteri sedar jika menyampaikan masalah rumahtangga ketika suami sedang letih akan menimbulkan kemarahan suami.
12. Suami isteri sanggup menerima segala kekurangan di antara mereka. Isteri yang sangat menyintai suaminya sanggup menerima hakikat keperibadiannya serta cara percakapan suaminya. Ia tidak sekadar menyintai suaminya hanya kerana suaminya pandai mencari harta dan wang.
Petua Menjadi Lelaki Pilihan 1. Jika ia berkahwin, dia dapat melayan isteri dengan baik kerana sebaik-baik suami adalah suami yang paling baik terhadap isteri 2. Sentiasa taat kepada Allah dan Rasul-Nya 3. Mempunyai ilmu pengetahuan agama 4. Mengetahui dan faham serta mengamalkan segala kewajipannya dengan baik 5. Sentiasa membersihkan dirinya daripada sebarang kemungkaran 6. Selalu bertaubat dan memperbanyakkan amalan-amalan sunat 7. Bekerja menyeru manusia kepada kebaikan dan mencegah akan kemungkaran 8. Sentiasa tenang dan waspada 9. Mempunyai sifat berjuang mencapai kecemerlangan dalam hidup 10. Bersifat lapang dada, penyantun dan pemaaf 11. Berhemah tinggi dan cermat 12. Tidak mengharapkan balasan atau pujian apabila melakukan sesuatu 13. Tidak takut kepada cercaan orang yang suka mencela
Petua Menjadi Wanita Pilihan 1. Bersifat pelindung dan bertanggungjawab 2. Bersifat tegas tetapi lemah lembut dan penyayang 3. Berpendirian teguh 4. Bersikap terbuka dan matang 5. Bertimbang rasa dan memahami jiwa wanita
6. Mempunyai
sifat kepemimpinan.
Hakikat Pertengkaran
1. Hampir setiap alam perkahwinan tidak boleh tidak, akan adanya pertengkaran. Meskipun ramai orang malu untuk mengakuinya, namun pertengkaran tetap akan berlaku samada pertengkaran yang kecil sehinggalah ke pertengkaran yang agak serius. Sebenarnya jika sesebuah perkahwinan tanpa pertengkaran, sama sekali akan membuktikan yang emosinya telah mati. Ini bukanlah bererti pertengkaran itu baik, namun pertengkaran juga mendatangkan kebaikan dan keburukan di dalam kehidupan berumahtangga.
3. Hakikat pertengkaran sebenarnya merupakan petanda awal dari sesebuah perkahwinan. Di mana suami isteri masing-masing mulai cuba untuk menyatukan selera, tujuan dan keperluan hidup mereka. Jika mereka takut untuk berbincang kerana bimbang akan berlaku pertengkaran, kesannya ia akan mengundang masalah yang lebih besar di masa akan datang.
4. Jika suami isteri bertengkar secara kecil-kecil, ini tidak akan membawa kepada pergaduhan, kerana akhirnya mereka akan dapat mengatasi perselisihan dan kemudiannya mereka akan merasa lebih akrab.
5. Jika seorang suami merasa marah terhadap seseorang di tempat kerjanya, setelah pulang ke rumah, mungkin ia akan meluahkan rasa marahnya itu pada isterinya. Jika anda berpendapat suatu kemarahan harus diluahkan, maka anda akan meluahkan pada isteri anda. Pada hal dalam Islam, kita disuruh bersabar.
6. Jika pertengkaran tidak dapat dielakkan lagi kerana mungkin salah menyampaikan sesuatu ataupun pasangan kita tidak mahu menerima hakikat diri kita, maka usahakanlah agar pertengkaran itu tidak membawa bencana atau berlarutan. Perhatikan keadaan persekitaran agar tiada pihak lain ikut sama atau menjadi tekanan perasaan terhadap kedua-dua belah pihak.
Petua-Petua Menghadapi Pertengkaran
Perkahwinan dan pertengkaran adalah satu perkara yang biasa di alam rumahtangga. Tiada orang yang tak pernah bertengkar seumur hidup. Jarang kita temui sesebuah rumahtangga yang tak pernah bertengkar walaupun sekali semenjak pasangan hidup bersama kerana hidup yang tiada pertengkaran adalah hidup yang sendirian. Oleh itu, di antara petua-petua yang boleh diambil ketika menghadapi pertengkaran adalah seperti berikut :
1. Seandainya terjadi pertengkaran, maka janganlah mencari kelemahan pasangan kita. Adalah tidak wajar sekiranya pertengkaran tersebut hanya ingin mencari kemenangan. Tetapi usahakanlah untuk menyelesaikan masalah secara bersama.
2. Jika pertengkaran itu menyentuh tentang satu topik, maka janganlah masalah-masalah lain juga dimasukkan sama, kerana ianya secara tidak langsung akan menjadikan suatu pertengkaran tadi menjadi lebih besar yang boleh membawa bencana ke atas rumahtangga.
3. Pasangan suami isteri dinasihaykan agar membatasi kekasaran jika berlaku pertengkaran. Jangan sesekali bertindak di luar kawalan umpamanya menggunakan fizikal seperti memukul, melemparkan barang dan sebagainya. Cara ini tidak akan menyelesaikan masalah, malah akan menimbulkan masalah yang lebih besar.
4. Di dalam pertengkaran, gunakan bahasa yang sesuai agar pasangan tidak tertekan. Kata-kata yang menyakitkan hatinya seperti:- "Ini semua salah kau bodoh...!", "Engkau bodoh...!", "Engkau selalu melakukan kesalahan...!" dan sebagainya. Sebaliknya gunakanlah perkataan yang lembut seperti, "Hati saya terluka kerana perbuatan awak...", "Awak tak sedar, betapa hancurnya hati saya..." dan lain-lain.
5. Sejurus selepas bertengkar, jangan biasakan diri dengan suka menyendiri, kemudian menjauhkan diri dari pasangan hidup. Jangan memisahkan diri kerana ia tiada nilainya sama sekali dalam perkahwinan. Bahkan ia merugikan hubungan suami isteri.
6. Jangan cuba menggunakan seks atau wang untuk membalas pertengkaran kerana cara ini akan menyebabkan terjadinya pertengkaran yang lebih hebat.
7. Jangan membiarkan pihak ketiga ikut serta dalam pertengkaran keluarga. Kehadiran pihak ketiga misalnya mertua, ipar, adik beradik hanya akan menambahkan kecurigaan dan mungkin menambah menyala api pertengkaran. selesaikan secara baik antara suami isteri.
8. Elakkan dari bertengkar di hadapan anak-anak kena ini akan menjadikan anak-anak bingung dan mengalami tekanan perasaan. Jika ini berlaku, secara tidak langsung akan wujud banyak lagi masalah lain.
Petua Memilih Wanita Idaman
Tidak semua orang dapat memilih pasangan hidup yang sesuai dengan keinginannya. Tetapi ramai juga yang pandai menyesuaikan diri dengan pasangannya walaupun tidak menepati ciri-ciri wanita idamannya.
Calon-calon isteri pilihan 1. Wanita yang solehah 2. Wanita yang boleh melahirkan anak 3. Wanita yang bukan keluarga terdekat 4. Wanita yang berakal.
Sebenarnya masih terlalu banyak tujuan perkahwinan menurut ajaran Islam, namun secara amnya perkahwinan atau pernikahan menurut Islam antara lain bertujuan: 1. Menjamin proses kehidupan manusia 2. Memelihara masyarakat dari kehancuran budi pekerti 3. Mewujudkan ketenangan rohani bagi pasangan suami isteri
|