-
Sebagai bukti dari perasaan gembira, kerana diberi kekuatan oleh
Allah untuk menjalankan syariat Islam serta dianugerah anak, serta
mempunyai harapan agar anak tersebut akan mengabdikan dirinya kepada
Allah.
-
Membiasakan berkorban bagi orang tua, demi kepentingan anak yang baru
lahir.
-
Melepaskan penghalang pada bayi dalam memberikan syafaat kepada orang
tua mereka kelak.
-
Melindungi daripada syaitan sehingga setiap anggota tubuh
aqiqah berguna untuk menebus seluruh anggota tubuh bayi.
-
Pada
waktu memotong aqiqah juga hendaklah diucapkan seperti pada waktu
memotong korban iaitu membaca Bismillah.
-
Lebih
utama memasak aqiqah itu dan tidak diberikan dalam keadaan mentah.
Untuk memudahkan para fakir miskin untuk menikmatinya dan ini lebih
terpuji.
-
Umur
binatang aqiqah yang disembelih adalah sesuai dengan yang
diperintahkan, sihat dan tidak cacat.
-
Tidak
sah apabila dilaksanakan secara bersama-sama oleh beberapa orang
dengan seekor kambing.
-
Sebaik
aqiqah itu berbentuk kambing, walaupun ada juga yang menyembelih
seekor unta, lembu atau kerbau.
-
Diutamakan memotong aqiqah atas nama bayi. Rasulullah SAW bersabda,
“Sembelihlah atas namanya.
Ertinya diniatkan atas nama bayi dengan mengucapkan nama Allah."
-
Penyembelihan terbaik dilakukan sesudah matahari terbit.
-
Sesuatu yang terpuji pada pemotong aqiqah adalah sama
terpuji pada pemotong qorban iaitu, dagingnya disedekahkan. Yang baik
ialah dibahagi 3 iaitu sebahagian dimasak sendiri sebahagian
dihadiahkan dan sebahagian lagi disedekahkan.
-
Tidak
diperkenankan menjual kulit aqiqah atau dijadikan bayaran
penyembelihan. Harus disedekahkan atau diambil
untuk
keperluan orang yang mengadakan aqiqah.
-
Bagi seseorang yang mengetahui bahawa orang tuanya belum
melakukan aqiqah untuknya, maka dianjurkan untuknya melakukan aqiqah,
seperti Nabi telah melakukan aqiqah untuk dirinya setelah diangkat
menjadi Rasul.
-
Sebelum dilakukan penyembelihan aqiqah terlebih dahulu melakukan
pencukuran rambut bayi. Kemudian rambut ditimbang dan nilai rambut
disedekahkan pada fakir miskin.