

|
Pernikahan Dan Syarat-Syarat Pernikahan Majlis Ijab dan Kabul adalah saat yang mendebarkan bagi bakal suami. Sah! Maka termeterailah ikatan perkahwinan. Tanggungjawab pun terpikul dibahu. Amanah yang besar perlu dilaksanakan.
Sebelum Majlis Ijab dan Kabul dilaksanakan, amatlah berharga dan penting bagi bakal suami isteri mengetahui tentang pengertian dan syarat-syarat yang terkandung dalam Pernikahan. Antaranya adalah :
Akad Nikah
'Nikah' bererti berkumpul menjadi satu. Seperti perkataan orang Arab 'tanaakahat al-asyjaru' (pokok itu saling bernikah) apabila mereka melihat pokok condong satu sama lain dan berkumpul.
Menurut istilah hukum syarak nikah bererti suatu akad yang mengandungi kebolehan untuk melakukan persetubuhan dengan menggunakan lafaz 'inkah' (menikahkan) atau lafaz 'tazwij' (mengahwinkan). Menurut pendapat yang lebih sahih, kata nikah itu secara hakiki bermakna 'akad' dan secara majazy bermakna 'persetubuhan'.
Rukun Nikah
Syarat-syarat Isteri
Selain ada wali, nikah juga memerlukan dua orang saksi. Wali menikahkan (mengijabkan) dan saksi menyaksikan pernikahan itu. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Tidak sah nikah kecuali ada dua orang saksi yang adil, nikah yang tidak demikian (tidak ada wali dan dua orang saksi) adalah batal".
Syarat Saksi
Ijab Dan Kabul Ijab ialah lafaz yang diucapkan oleh wali kepada pengantin perempuan yang dinikahkan kepada pengantin laki-laki. Contoh lafaz (sighah) ijab: "Saya nikahkan engkau dengan anak saya bernama ......... binti ...... dengan maskahwin sebanyak ....ringgit tunai".
Kabul ialah lafaz yang diucapkan oleh pengantin laki-laki selepas wali mengucapkan ijab. Contoh kabul: "Ku terima nikahnya dengan maskahwin ......ringgit tunai". Kalau maskahwin tidak berupa wang , sebutkan jenis atau nama barangnya. Syarat-Syarat Ijab Kabul
Mahar (maskahwin) adalah harta yang diberikan oleh pihak suami kepada suami kepada isteri di waktu nikah. Maskahwin boleh diberikan di waktu akad nikah atau selepasnya. Pemberian maskahwin adalah wajib bagi suami tetapi ianya tidak menjadi rukun nikah. Akad nikah sah walaupun tanpa menyebut-nyebut masalah maskahwin, tetapi sunat disebutkan pada waktu akad nikah. Kadar Maskahwin
Betapa Islam sangat meringankan masalah maskahwin, tujuannya adalah agar tidak menghalang seseorang untuk berkahwin. Tidak ada ketentuan berkenaan dengan besarnya maskahwin. Kedua belah pihak boleh menentukan sendiri banyaknya maskahwin mengikut kemampuan calon suami. Dalam Islam digalakkan agar maskahwin itu seringan mungkin kerana itulah yang terbaik.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya sebaik-baik wanita adalah yang paling ringan maskahwinnya."
Pada hadis lain disebutkan: "Maskahwin yang terbaik adalah yang paling ringan". Para ulama telah sepakat bahawa maskahwin tidak ada batas maksimanya, boleh berapa saja asalkan dapat dirunaikan oleh suami. Namun begitu, keberkatan terletak pada keringanan dan kemudahan.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Andaikan seorang suami memberi maskahwin kepada isterinya berupa makanan sebanyak dua genggam tangannya itu sudah halal baginya".
Ketika seorang sahabat akan berkahwin, namun tidak punya apa-apa untuk dibuat maskahwin, Rasulullah s.a.w. bersabda kepadanya: Ertinya: "Cuba kau cari walaupun hanya sebentuk cincin besi". (H.R.Muslim)
|