

|
Memahami Sifat Lelaki
Bila lelaki menghadapi masalah dan mengadu pada wanita, wanita harus memberitahu lelaki itu bahawa dia masih diperlukan. Lelaki mahukan keselesaan perasaan, sokongan serta kata-kata "Saya cintakan abang..." dan "Tidak kira apa yang terjadi, saya tetap bersama abang .....".
Mata lelaki dianggap pembangkit ghairah yang paling utama. Kemudian itu
barulah sentuhan, hiduan dan pemikiran rasional memainkan peranan. Untuk
menghangatkan hubungan, pakailah pakaian yang menghairahkannya. Ini
bukan bermakna menyuruh wanita menjadi objek seks, dalam rumahtangga,
kedua-dua lelaki dan wartita adalah objek seks. Inilah perbezaan yang
besar antara pembangkit ghairah lelaki dan wanita.
Jadilah sahabat yang paling baik kepada suami anda, dan dia akan menjadi sahabat yang paling baik kepada anda.
Antara perkara yang ada pada lelaki dan wanita ialah kehendak mutlak
untuk dikasihi, dan mengasihi sebagai balasan. Intimasi emosional,
bersatunya jiwa bukan hanya jasad, adalah cara bagaimana kasih sayang
itu lahir. Ianya bukan satu proses saja, tetapi merupakan penglibatan
simia dan magis. Setiap manusia bergantung kepada intimasi emosional
untuk seimbang dan gembira, paling kurangnya ia diperlukan untuk
Jika lelaki tahu bahawa isterinya suka bercerita pada wanita lain tentang dirinya, besar kemungkinan lelaki itu tidak akan bercerita lagi secara mesra mengenai hal-hal rahsia kepada isterinya. Kejujuran adalah penting bagi lelaki. Dia mahukan isterinya menyimpan rahsia-rahsia rumahtangga.
Bila wanita mendesak lelaki agar mendedahkan perasaannya, mungkin lelaki itu akan mendedahkan sesuatu yang wanita itu tidak suka mendengarnya. Maka adalah lebih baik jangan bertanya dan menyelidik hingga ke akar umbi. Lebih baik bagi wanita membaca bahasa badan lelaki, matanya, atau perubahan mendadak dalam corak perlakuannya. Jika dia pada kebiasaannya suka membaca tetapi tidak melakukannya, mungkin pada ketika itu fikirannya sedang kacau.
Lelaki lebih mudah cara hidupnya berbanding wanita. Kerana itu, lelaki
sukar untuk memahami jika sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk
kiasan ibarat oleh wanita. Wanita suka mengkias ibarat dan berharap
lelaki faham, tetapi lelaki lebih suka jika ianya dijelaskan dengan
bahasa yang mudah dan jelas, secara berterus-terang. Sekiranya wanita
tidak jelas mengenai sesuatu perkara, tanyalah secara terbuka kepada
Lelaki bercakap dengan bahasa yang berlainan. Ini yang menyebabkan lelaki dan wanita sukar berkomunikasi antara satu sama lain. Apa yang dari kata-katanya, jika dia bercakap dengan wanita, adalah berbeza daripada yang dimaksudkannya. Inibukan bererti dia berbohong. Maka adalah lebih baik bagi wanita untuk memahami lelaki dari apa yang dilakukannya berbanding dari apa yang dikatakannya. Lelaki tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata-kata.
Ramai lelaki menunjukkan egonya di dua masa, pertama di dalam kerja, dan kedua di atas ranjang. Ini biasanya menyebabkan wanita menjadi bosan. Tetapi sebaik-baiknya wanita patut memepertingkatkan ego suaminya. Wanita yang menyemarakkan api cinta akan menikmati kehangatan api cinta itu. Lelaki mahu wanita memberitahu bahawa sumbangannya diiktiraf dan dinilai. Jika anda tidak menyatakannya kepadanya, siapa lagi. Jika anda mempertingkatkan ego lelaki, ia akan membuatkan lelaki merasa senang dan setiap orang di sekelilingnya akan mendapat faedah terutamanya yang dicintainya.
Wanita berkebolehan untuk membincangkan sesuatu subjek yang sensitif dan mendukacitakan sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti, tetapi lelaki masih lebih suka untuk menyembunyikan dan membisu.
Tidak sebagaiana wanita yang lebih mudah untuk bercakap dengan wanita yang lain mengenai masalah, harapan dan kebimbangan yang amat rahsia dan peribadi, adalah sukar bagi lelaki untuk menjadi mesra secara verbal sedemikian rupa. Untuk melakukannya, lelaki memerlukan kekuatan dan keberanian yang tinggi.
Jika terdapat semua tanda yang menunjukkan bahawa seseorang lelaki hanya mahu wanita menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan untuknya dan melakukan jima' secara kerap dengannya, wanita harus percaya babawa itulah yang lelaki tersebut mahu. Ini bukan bererti lelaki berfikir secara primitif, tetapi lelaki memang sedemikian. Wanita biasa menganggap lelaki sebagai kompleks, tetapi sebenamya kehendak lelaki adalah mudah.
Jangan mengkritik lelaki, melainkan jika anda sedia untuk bertikam lidah
dengannya. Lelaki tidak begitu terbuka untuk menerima kritikan.
Mengkritik di belakangnya, contohnya kepada saudara atau kawannya,
mungkin dapat mengelakkan konfrantasi serta merta tetapi dia akan berasa
marah juga apabila perkara tersebut disampaikan kepadanya. Cara yang
baik untuk mengkritik lelaki ialah dengan berjenaka dan lembut.
Lelaki bersifat suka menyelerakkan barang-barang dan berharap isterinya akan mengemas. Kadangkala lelaki mahukan isterinya bersifat seperti ibunya. Walaupun pada kebanyakan ketika lelaki adalah pembuat yang memulai atau meneruskan sesuatu, ada kalanya mahu dijaga oleh seorang 'ibu'. Dia menunjukkan kemahuannya itu secara tidak langsung dengan menyelerak.
Ramai lelaki bimbang tentang saiz zakarnya. Wanita pula menganggap bahawa saiz zakar suami adalah penting untuk memuaskan dirinya. Walaupun ada cara lain selain jima' untuk kepuasan seksual, tetapi wanita lebih suka jika lelaki berzakar besar. Ini membawa kesan yang bahaya kepada lelaki, dan adalah salah untuk wanita berfikir sedemikian, kerana itu bererti bahawa wanita menjadikan lelaki sebagai objek seks dari segi besar, kecil, panjang dan pendek.
Tubuh mempunyai banyak zon berahi. Lelaki masih mencari-cari zon berahi wanita. Pada badan manusia terdapat beberapa punat yang boleh disentuh dan diuji kepekaannya. Bagi zakar lelaki, bawah kepala zakar adalah tempat di mana hujungan saraf yang paling peka bertumpu. Tempat ini patut dirangsang oleh wanita dengan baik apabila melakukan hubungan seks dengan suaminya.
|