|
Sikap Yang
Dibenci Suami
Berikut adalah
beberapa nasihat-nasihat yang diberikan oleh Dr Fadillah Kamsah
kepada isteri-isteri untuk memenangi hati suami agar rumah tangga
sentiasa bahagia dan penuh dengan perasaan kasih dan sayang. Pada
kebiasaannya menempuh alam perkahwinan tidaklah seindah semasa berada di
alam percintaan. Masa bercinta, apa yang dilakukan oleh pasangan
semuanya kelihatan baik-baik belaka. Bak kata pepatah ‘pijak semut pun
tak mati’. Apabila masuk gerbang perkahwinan, barulah tahu perangai atau
tingkahlaku pasangan masing-masing.
1. CEREWET
‘Kerana mulut, hati binasa’. Wanita atau isteri perlu bijak mengawal
perasaan dalam percakapannya. Suami tidak suka apabila isteri cerewet
tidak kena pada tempatnya. Contohnya, apabila keluar makan bersama
suami, isteri mahukan tempat yang menarik dan makanan yang mahal.
Mungkin tidak perlu semua itu, asalkan anda berdua menghabiskan suasana
yang romantik dan menyelami perasaan masing-masing.
2.
CEMBURU
Sifat ini perlu ada dalam sesuatu hubungan. Tetapi, wanita atau isteri
yang terlampau cemburu sehingga pasangannya merasa terkongkong akan
membawa padah kepada perhubungan mereka. Jangan biarkan suami anda
merasa mereka tidak dipercayai.
3.
CABAR
Lelaki mempunyai ego tersendiri. Mereka pantang dicabar terutamanya oleh
wanita, apatah lagi oleh isterinya. Sebagai wanita dan isteri, anda
perlu membataskan tindak tanduk agar suami tidak merasa tercabar.
Sesetengah isteri apabila bergaduh dengan suami, kata-kata seperti
‘kalau awak berani, cubalah cari perempuan lain’. Ingat, kadang-kadang
ayat ini boleh membuatkan suami tercabar. Jika suami anda betul-betul
melakukan, siapa yang akan putih mata.
4.
CABUL
Ini bermaksud keji dari segi perangai isteri yang langsung tiada
perasaan malu. Contohnya, bergaul bebas dengan lelaki yang bukan muhrim
tanpa menghiraukan batas-batas pergaulan. Apatah lagi, jika anda
mengeluarkan kata-kata yang kurang sopan dan tidak baik kepada suami
sendiri mahupun mertua.
5. CELUPAR
Cantik hanya di luaran sahaja. Wanita atau isteri yang cantik akan
kelihatan hodoh, jika mulutnya celupar. Adalah tidak patut dengan
mengeluarkan kata-kata yang kurang manis atau terlepas cakap kepada
suami. Jangan membuatkan suami berjauh hati dengan anda.
6.
CINCAI
Suami paling tidak suka apabila isteri membuat kerja rumah sambil lewa
ataupun ‘cincai’. Jaga makan, minum adalah satu keutamaan untuk suami.
Menurut Dr Fadillah Kamsah, suami paling benci apabila isteri sambil
cincai menjaga anak. ‘Anak dah masuk longkang tapi isteri masih melepak
di depan televisyen’.
7.
CUAI
Kebiasaan, lelaki atau suami tidak suka jika pasangannya cuai
terutamanya ia melibatkan masa. Contohnya, apabila ingin keluar
bersama-sama, suami terpaksa menunggu masa yang lama kerana isteri masih
lagi bersiap, bersolek dan mengemas. Situasi ini akan menimbulkan
kemarahan dan kebencian kepada suami.
8.
COMOT
Ada wanita atau isteri cantik tetapi sebenarnya comot. Comot bukan hanya
melibatkan wajah seseorang itu tetapi juga dilihat dari segi penampilan
yang selekeh, kerja yang telah dilakukan dan tindak tanduknya.
Contohnya, hanya bersolek ketika hendak keluar rumah tetapi apabila
berada di rumah, langsung tiada persiapan diri. Ingat, ada isteri
beranggapan bersolek untuk suami tetapi di rumah tidak dipraktikkan.
|