-
Peluk
isteri dengan penuh kasih sayang sekurang-kurangnya empat kali
sehari.
-
Telefon
isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, sekadar ingin
memberitahu "AKU CINTA PADAMU ".
-
Ucapkan
kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.
-
Tolong
kemaskan katil atau bilik tidur.
-
Ajak
isteri berjalan-jalan sekali-sekala tanpa anak-anak.
-
Cuba
tunaikan apa yang isteri hajati.
-
Nyatakan
anda merinduinya bila berjauhan.
-
Bawa
pulang buah tangan, kuih kegemaran isteri sekali sekala.
-
Sentiasa
lakukan ibadah bersama.
-
Jika
keluar daerah,telefon isteri memberitahu nombor telefon tempat
penginapan dan memberitahu anda sudah selamat sampai.
-
Sentiasa
kemas dan wangi sebelum tidur bersama.
-
Urut
belakang isteri sekali sekala.
-
Peluk
dan belai isteri sekali sekala tanpa implikasi seksual.
-
Sabar
dan tenang apabila mendengar cerita dan masalah isteri.
-
Pamerkan
kasih sayang di khalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau
tinggalkannya jauh ketika berjalan.
-
Apabila
keluar berjalan, elok berpegangan tangan untuk menunjukkan
kemesraan.
-
Buatkan
air minuman untuk isteri sekali sekala.
-
Ketika
makan di luar, jangan harapkan isteri memilih tempat makan setiap
masa.
-
Beri
perhatian lebih kepada isteri daripada orang lain ketika di khalayak
ramai.
-
Lebihkan
isteri daripada anak-anak.
-
Bila
isteri kurang sihat, beri perhatian sewajarnya. Manjakan isteri
sepertimana dia memanjakan anda.
-
Seeloknya
masuk tidur serentak.
-
Belai
isteri sebelum pergi kerja.
-
Ucapkan
terima kasih setiap khidmat yang isteri berikan.
-
Cari
masa untuk berdua-duaan sekali sekala.
-
Lakukan
riadah bersama isteri.
-
Pergi
berkelah sekali sekala.
-
Tolong
cuci atau jemur pakaian sekali sekala.
-
Sentiasa
berdoa agar disayangi.
-
Apabila
balik rumah, tegur dan sentuh isteri sebelum buat kerja lain.
-
Tunjukkan
keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan isteri
sepanjang hari.
-
Jadikan
seorang pendengar yang baik kepada isteri .Jangan tergesa-gesa untuk
menyelesai masalah isteri. Apa yang lebih penting adalah simpati.
-
Berikan
masa sekurang-kurangnya 30 minit perhatian yang berkualiti terhadap
isteri.
-
Berikan
bunga, minyak wangi atau seumpamanya sebagai hadiah atau untuk
memujuk ketika isteri sedang marah.
-
Tolong
masak atau ajak makan di luar sekali sekala.
-
Beri
pujian mengenai penampilan isteri (rambut, wajah, pakaian dan
sebagainya).
-
Pujuk
apabila isteri marah atau kecil hati.
-
Beri
bantuan atau kerjasama setakat yang mampu.
-
Luangkan
masa yang lebih agar tidak mendesak isteri untuk lebih cepat
bergerak atau bertindak.
-
Jika
lambat pulang, beritahu lebih awal atau telefon rumah.
-
Sekiranya
isteri minta bantuan, nyatakan boleh atau tidak dengan tidak
mengungkit atau banyak komen.
-
Jika
anda perlu bersendirian untuk berfikir, beritahu bila anda akan
pulang.
-
Apabila
sudah sejuk, beritahu isteri apa yang mengganggu fikiran secara
sopan. Jangan menyalahkan isteri.
-
Bila
isteri bercakap, beri perhatian sepenuhnya.
-
Apabila
keluar, tanya isteri kalau ada sesuatu yang ingin dipesan.
-
Beritahu
bila kita ingin berehat atau tidur.