

|
Tanggungjawab Terhadap Anak-Anak Kehadiran anak-anak merupakan penyeri dalam sesebuah keluarga. Dengan itu, adalah wajar bagi pasangan suami isteri, untuk menitik beratkan beberapa perkara seperti di bawah ini. Ibu bapa yang prihatin adalah ibu bapa yang memberikan persediaan dan pendidikan yang rapi kepada anak-anak. a) Ketika di dalam kandungan • mengamalkan puasa Isnin dan Khamis • memberikan makanan halal • melakukan solat Qiamullail • membaca ayat Al-Quran • berdoa • berakhlak mulia
b) Ketika lahir • diazankan atau diqamatkan • diaqiqahkan • dicukur kepala • sedekah • dinamakan dengan nama yang baik
c) Ketika sudah mumayiz • diajarkan solat • diajar membaca Al-Quran • didik dengan akhlak yang baik • diajar adab makan • adab bersama orang tua • adab bersama guru • adab berpakaian • diasingkan tempat tidur anak lelaki dan perempuan
d) Setelah berumur 10 tahun • kalau tidak solat dipukul • didik berpuasa sunat • diajarkan halal haram • diajarkan pahala dosa • diajarkan menghafaz Al-Quran dan Hadis • diajarkan sejarah Rasul dan Sahabat-sahabat Nabi • diajarkan berdoa • berakhlak mulia
|