|
Adab Pertunangan
/ Mukaddimah Walimah
Pertunangan merupakan
mukaddimah kepada perkahwinan. Ianya diharuskan di dalam islam bagi
memberi peluang kepada si lelaki atau perempuan untuk mengenali pasangan
masing -masing dengan lebih dekat lagi.Tempoh pertunangan ini juga
merupakan masa bagi seseorang itu untuk membenihkan roh persefahaman
ikatan kasih sayang dengan pasangan masing -masing ke arah melahirkan
sebuah mahligai keluarga yang bahagia.
Adapun adab-adab semasa
bertunangan (ianya melibatkan kedua-dua belah pihak samada lelaki atau
perempuan) bolehlah dibahagikan kepada 2 bahagian :
a) Adab dalam
bergaul
Maksud pergaulan di
sini ialah pertemuan, perbincangan atau hubungan secara langsung antara
si lelaki atau si perempuan dengan tunangan masing-masing.
-
Setiap pertemuan atau
perbincangan itu hendaklah ditemani oleh muhram (si perempuan).
Seboleh-bolehnya pertemuan itu diadakan di rumah si perempuan.
-
Tidak diharuskan
duduk berdua-duaan. Ingatlah hadis Rasulullah SAW : Tidaklah
seorang lelaki itu bersendirian dengan wanita melainkan ada orang yang
ketiga iaitu syaitan.
-
Perbincangan itu
mestilah sunyi daripada unsur nafsu dan syahwat.
-
Dalam keadaan menutup
aurat sebagaimana yang telah digariskan oleh agama islam dan harus
dingatkan bahawa aurat di antara keduanya adalah sama dengan aurat
perempuan dengan lelaki ajnabi (muhram), hanya sekadar muka dan dua
tangan sahaja.
-
Bagi pihak perempuan,
janganlah bercakap terlalu manja dan menggoda. Sementara bagi pihak
lelaki janganlah merasakan bahawa anda telah mendapat milik mutlak dan
boleh melakukan apa saja.
b) Tempoh
pertunangan
Pada hakikatnya islam
menggalakan agar tempoh pertunangan itu disingkatkan, ianya bagi
mengelakkan daripada berlakunya sebarang fitnah atau berlakunya perkara-
perkara yang tidak didugai dan ulamak sendiri tidak menetapkan tempoh
tertentu pertungan, cuma rata-rata mereka lebih cenderung untuk
memendekkan tempoh. Disini saya sendiri cenderung kepada mempercepatkan
perkahwinan kerana:
-
Dalam tempoh
pertunangan yang lama, dibimbangi tersingkapnya keaiban pasangan yang
boleh membawa kepada putusnya hubungan pertunangan. Selain daripada
itu, besar kemungkinan terdapat juga orang yang mungkin menaruh
perasaan dengki kepada pasangan dan menabur fitnah yang tidak ada
benarnya yang boleh membawa padah kepada pasangan itu sendiri.
-
Tempoh yang lama
mungkin memberi peluang kepada orang lain yang mungkin ada menaruh
hati kepada salah satu pasangan dan berusaha untuk memisah antara
keduanya
-
Dibimbangi kedua
pasangan banyak melakukan dosa disepanjang tempoh pertunangan dengan
kerapnya mengadakan pertemuan yang tak syarie. Susah untuk menjaga
batas aurat dan syarat ditemani oleh Muhram.
-
Lebih menenangkan
gelodak jiwa dan perasaan rindu yang boleh mengganggu prestasi
pelajaran dan juga kerja.
|